Pembohongan Barisan Nasional

Pemerintahan BN:
melanggar pelbagai prinsip dan cita-cita dalam pelbagai dokumen ciptaannya sendiri, misalnya prinsip-prinsip "kedaulatan undang-undang" dan cara hidup demokrasi yang tercatat dalam Rukunegara;
mengabaikan tanggungjawab dalam melaksanakan sembilan cabaran Wawasan 2020, terutamanya cabaran untuk "melahirkan sebuah masyarakat yang benar-benar berakhlak" dan cabaran "melahirkan masyarakat penyayang";
tidak merealisasikan slogan-slogan laungan sendiri - yakni slogan-slogan tentang pemerintahan yang "bersih, cekap dan amanah", "kepimpinan melalui teladan", "tradisi membela rakyat", dan sebagainya;
kalau diambilkira juga berbagai kenyataan dan tuduhan pemimpin-pemimpin utama BN, maka ketara lagi pembohongan mereka kian merebak.

Cita-Cita Rakyat Diketepikan
Terdapat beberapa keperluan dan cita-cita asasi rakyat yang sepatutnya diberikan perhatian utama dan segera seperti:

sejumlah besar rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana masih belum mampu memperoleh kemudahan perumahan
yang sesuai;
sejumlah pelajar yang layak masih tidak dapat menikmati pendidikan tinggi tempatan yang bermutu pada kos yang berpatutan.
Pendidikan yang bermutu bagi semua yang layak merupakan tanggungjawab kerajaan yang dapat memajukan ekonomi negara
dengan lebih segera;
rawatan perubatan yang berkualiti pada kos yang munasabah atau percuma masih belum terjamin bagi sejumlah besar rakyat.

Di samping itu, rakyat yang makin sedar bukan hanya inginkan ekonomi dan taraf hidup yang baik, tetapi juga kemajuan budaya dan rohaniah serta keselesaan persekitaran hidup.

Jelas bahawa kesejahteraan rakyat umum tidak menjadi agenda utama dasar pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ada sekarang. Rakyat negara ini mempunyai hasrat yang amat tinggi terhadap pembangunan yang seimbang dan kesaksamaan sosial, sedangkan golongan pemerintah lebih mementingkan projek-projek mega yang raksaksa dan pencapaian bermegah-megah yang menggemburkan sifat takabur diri melalui projek-projek yang hanya mendatangkan manfaat kepada
suatu kelompok kecil. Oleh kerana itu:

jurang pemisah antara golongan berada dan golongan yang tidak berada menjadi semakin luas pada tahun-tahun sembilan puluhan ini;
semakin meningkatlah bilangan dan peratusan rakyat yang semakin terpinggir dalam proses pembangunan ekonomi, yang bukan sahaja tidak adil dan bersifat songsang, tetapi juga boleh menghalang kemunculan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada masa akan datang;
dasar pembangunan Kerajaan BN memberikan penekanan yang berlebihan terhadap keuntungan yang bersifat kebendaan sambil mengabaikan pembangunan masyarakat yang lebih seimbang dari segi rohani, akhlak, budaya dan tamaddun.

Kesedaran Rakyat
Sejak kebelakangan ini, rakyat mulai sedar akan kecacatan dasar pembangunan BN dan kelemahan pimpinan BN. Maka, mulailah mereka menyatakan bantahan secara terbuka. Tanpa menghiraukan keluhan ikhlas

[Sebelum][Laman Asal]