memastikan bahawa mutu kehidupan dan kesejahteraan masyarakat pada umumnya ditingkatkan;
mengagihkan kemewahan dan peluang secara saksama kepada semua;
mewujudkan kemudahan sosial yang bermutu dan persekitaran fisikal yang bersih dan selesa; memantapkan mutu pendidikan, kesihatan serta perkhidmatan sosial lainnya; membina masjid dan tempat-tempat ibadah; membina taman-taman dan perpustakaan-perpustakaan awam; membina pusat-pusat kegiatan budaya dan seni; dan membuka kesempatan seluas-luasnya untuk memanfaatkan komputer, teknologi maklumat dan cara komunikasi lainnya; dan mewujudkan suasana yang menggalakkan - melalui penyediaan prasarana, pendidikan dan perundangan - ke arah penghayatan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh (ad-deen) di kalangan umat Islam, di samping memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus terjamin.

RANCANGAN DAN PROGRAM

Program Kami
Pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional mengambil kesempatan di sebalik topeng menangani kegawatan ekonomi untuk menyelamatkan, malah memperluaskan lagi, kepentingan mereka sendiri serta kroni-kroni mereka.
Mereka memperluaskan lagi kuasa mereka, terutama sekali terhadap sektor korporat (melalui peristiwa seperti CLOB dan MPHB), bank (melalui syarat 'bantuan' Danaharta dan Danamodal) serta syarikat niaga saham.
Penyalahgunaan kuasa demikian telah melambatkan pemulihan ekonomi Malaysia berbanding dengan mangsa lain krisis ekonomi di rantau ini. Malah, negara-negara jiran yang mengalami krisis jauh lebih teruk pun kini sedang dalam proses pemulihan, sedangkan asas ekonomi kita sebelum krisis jauh lebih baik berbanding mereka.
Namun, cabaran ekonomi yang terbesar bukan sahaja sekadar pemulihan setelah krisis. Cabaran utama sebenarnya ialah pembentukan rangka pembangunan dan pengawasan nasional untuk masa depan, memandangkan sistem ekonomi antarabangsa yang sudah wujud dan akan berkembang.

Oleh yang demikian, Barisan Alternatif akan membentuk dasar baru untuk menggalakkan pelaburan dan pertumbuhan dalam rangka liberal dan fleksibel, yang dilengkapi dengan rangka pengawasan yang berpatutan untuk menggalakkan pelaburan dan pertumbuhan tanpa mengorbankan kepentingan jangka panjang negara. Masa depan Malaysia akan bergantung kepada penglibatan yang bijak dalam ekonomi global. Tetapi, Malaysia juga memerlukan rangka pengawasan untuk mengelak daripada menjadi mangsa kuasa pasaran modal global, bukan kerana spekulasi antarabangsa sahaja, tetapi juga kerana faktor tempatan,
seperti kegunaan modal secara tidak cekap dan produktif, dan campurtangan pemerintah secara tidak telus demi kepentingan
tertentu.

Untuk memulihkan ekonomi dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang mantap lagi mampan, semua sumber ekonomi patut digemblengkan. Suatu rangka pelaburan menarik, yang dapat menjaga kepentingan rakyat dan negara, akan disediakan. Retorik kosong Mahathir (sebenarnya, 'cakap tak serupa bikin') menjelang pilihanraya telah menjejaskan pelaburan asing yang baru dan juga perusahaan pelancongan, serta kepentingan rakyat yang bergantung terhadap kedua-duanya. Ekonomi dunia kian berubah dengan pesat. Kita mesti menangani perubahan ini dengan bijak kerana ekonomi kita amat terbuka. Kami menjamin bahawa Barisan Alternatif akan tetap bersikap bertanggung jawab dan tidak akan men

[Sebelum][Laman Asal]