Make your own free website on Tripod.com

meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran;
mewujudkan kontrak sosial baru;
memupuk perpaduan nasional;
membina demokrasi tulen; dan
memulihkan imej dan kedudukan Malaysia di pentas dunia

Secara am, sasaran jangka panjang kami ialah sebuah masyarakat maju yang adil
yang memenuhi potensi insan dari segi jasmani, mental dan rohani;
yang matang dari segi politik;
yang bersifat penyayang;
yang kreatif;
yang mempunyai nilai dan orientasi hidup yang seimbang;
yang benar-benar menyumbang kepada kebangkitan semula Asia dalam ertikata yang menyeluruh, bukan hanya ekonomi dan teknologi.

1. Mengukuhkan Ekonomi

1.1. Kurangkan beban rakyat
Kami ingin mengurangkan beban ke atas rakyat. Maka, sebagai langkah-langkah awal di bawah perlu diambil oleh pemerintah:

1.1.1. Kurangkan beban cukai
Meningkatkan paras pendapatan yang dikecualikan cukai ke RM12,000 setahun di samping meningkatkan elaun anak-anak ke paras yang munasabah;
Meningkatkan paras pengecualian cukai pendapatan untuk isteri yang bertugas sebagai surirumah sepenuh masa sebagai tanda penghargaan akan sumbangan besar mereka;
Meningkatkan paras pengecualian cukai khidmat kepada jumlah niaga sejuta ringgit setahun;
Menyemak semula sistem percukaian negara secara keseluruhannya, dengan tujuan untuk memperkukuhkan hasil kerajaan sambil mengurangkan beban cukai terhadap rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

1.1.2.  Hapuskan kemiskinan mutlak
Menghapuskan kemiskinan mutlak dalam jangka masa separuh penggal;
Mengurangkan kadar kemiskinan dalam jangka masa satu penggal kepada paras separuh daripada kadar kemiskinan pada tahun 1999;
Membaiki dasar serta rancangan pembasmian kemiskinan supaya dibebaskan daripada campurtangan politik dan benar-benar membantu golongan termiskin;
Menyelaraskan berbagai program pembasmian kemiskinan yang sedia ada;
Mengurangkan jurang pendapatan serta kekayaan di kalangan rakyat Malaysia tanpa menjejaskan hak sah semua rakyat.

1.1.3.  Bantu peniaga kecil dan penjaja
Menamatkan amalan pelesenan peniaga kecil dan penjaja sebagai sumber pendapatan negara dan sebagai alat politik kepartian, sebaliknya menggunakan sistem pelesanan hanya untuk pengurusan dan pemantauan demi menjamin keselesaan dan kesihatan rakyat, peniaga kecil dan penjaja;

[Sebelum][Laman Asal]