Menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang selesa, bersih dan menarik bagi penjaja.

1.1.4.  Baiki perkhidmatan pengangkutan awam
Membaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam dan mengurangkan kadar tambang pada keseluruhannya supaya sesuai dengan taraf hidup rakyat;
Memberi permit teksi kepada pengusaha-penguasaha individu dan koperasi mereka, bukan lagi kepada syarikat besar;
Meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan teksi oleh pengusaha individu melalui pembentukan koperasi, persatuan, majlis dan sebagainya untuk menghasilkan sistem pengangkutan teksi yang teratur;
Menurunkan kadar tambang penerbangan domestik antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak demi
mendorong integrasi nasional dan pelancongan dalam negeri;
Memodenkan dan mempertingkatkan perkhidmatan keretapi di Semenanjung Malaysia;
Memajukan sistem jalanraya di Sabah dan Sarawak;
Memberi perhatian yang lebih serius terhadap masalah kemalangan dan bahaya lalu lintas dengan menyediakan kemudahan serta peraturan sesuai yang dapat menjamin keselamatan orang ramai;
Mengkaji kemungkinan cara pengangkutan awam baru di bandar-bandar utama di Malaysia untuk membaiki mutu hidup di bandar;
Mengadakan perkhidmatan pengangkutan bas-bas sekolah yang lebih teratur dan menasabah dari segi tambang untuk meringankan beban kepada ibu-bapa.

1.2. Pertumbuhan Dinamik dan Adil
Supaya ekonomi kita lebih dinamis dan untuk meningkatkan daya saing kita di pasaran global, kita perlu juga pertingkatkan permintaan domestik serta pelaburan domestik yang produktif, bukan membazir. Maka, kami akan:
Mengkaji semula rangka pengawasan yang sedia ada, dengan tujuan mengatasi kekurangannya;
Memastikan sektor swasta berteraskan etika pengurusan korporat, sedangkan sektor perbankan dan kewangan tidak
disalahgunakan dan senantiasa diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab;
Mengutamakan projek-projek yang menjana manfaat yang paling besar kepada rakyat seperti projek-projek perumahan kos
sederhana dan rendah, projek memodenkan sistem keretapi, projek jalanraya di negeri Sabah dan Sarawak, dan sebagainya;
Menghentikan projek-projek mega seperti Empangan Bakun dan Empangan Sungai Selangor yang membazir, memusnahkan
alam sekitar dan tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat;
Mempertingkatkan peluang ekonomi yang saksama bagi semua rakyat, dengan memberikan perhatian khusus dan bantuan khas kepada golongan yang dhaif, dan sokongan yang cekap untuk inisiatif usahawan tempatan, terutamanya usahawan kecil dan
sederhana;
Memastikan pembangunan ekonomi seimbang lagi mampan, dan tidak menjejaskan keutuhan sosial atau memusnahkan alam
sekitar dan sumber alam;
Memastikan rakyat miskin atau kurang berada di kampung-

[Sebelum][Laman Asal]