kampung tradisi, kampung-kampung baru dan ladang-ladang
diserap ke dalam arus utama pembangunan negara menerusi rancangan pembangunan khas serta memberikan punca pendapatan lebih baik, pekerjaan dan milik tanah kepada mereka.
Memastikan bahawa hak istimewa tidak disalahgunakan untuk memberi kemewahan kepada segelintir suku-sakat orang
berkuasa.

1.2.1.  Memantapkan perindustrian
Walaupun perindustrian di Malaysia agak maju, kemampuan industri Malaysia masih agak ketinggalan dan kurang diberi perhatian dan sokongan sewajarnya.  Kemampuan industri Malaysia masih tidak seimbang dan harus diutamakan dengan dasar serta institusi yang sesuai memandangkan masalah serta cabaran yang dihadapi.

Maka, kami akan:
Memodenkan ekonomi dan membanyakkan industri dengan daya pengeluaran tinggi bagi meningkatkan daya saing ekonomi negara dan menggalakkan eksport yang bernilai tinggi;

Mengatasi kelemahan teknologi industri kita yang memperlihatkan jurang yang agak luas di antara yang agak mundur dengan yang paling canggih;

Memastikan bahawa projek-projek besar, termasuklah projek-projek industri berat, dirancang secara sepadu dan selaras dengan pelan induk perkembangan industri yang menasabah;

Memberi insentif serta sokongan lebih untuk industri kecil dan sederhana.
Menggalakkan lagi - melalui sekim insentif yang tepat - hubungan antara industri tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana, dengan syarikat-syarikat besar antarabangsa untuk meningkatkan pemindahan teknologi kepada industri tempatan serta kegunaan input tempatan;

Menyokong usahawan tempatan dan menggalakkan perkembangan kemahiran serta kemampuan sumber manusia tempatan tanpa menolak kemahiran luar;

Menggunakan modal, kepakaran, pasaran dan teknologi luar dengan bijaksana demi memperkukuh asas-asas ekonomi tempatan;

Meningkatkan peranan sains dan teknologi demi kemajuan, dan memantapkan pendidikan sains asas di samping kemudahan latihan teknikal yang sesuai;

Meningkatkan dan mempercekapkan peruntukan kewangan serta perangsang lain untuk penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi.

1.2.2.  Mengukuhkan pertanian dan perikanan kecil dan sederhana
Kebelakangan ini, BN telah melupakan pentingnya sek

[Sebelum][Laman Asal]