Melancarkan program 'satu kampung, satu pusat IT' dengan memberi insentif yang wajar untuk menggalakkan penyebaran kemudahan teknologi maklumat di pekan kecil dan di luar bandar;

Mewajibkan perancangan infrastruktur teknologi maklumat di semua skim perumahan yang baru, termasuk rumah kos murah dan sederhana, dan memodenkan infrastruktur ini di kawasan perumahan sedia ada dengan cara yang paling cekap;

Berunding dengan pengeluar perisian untuk mendapat perisian yang murah untuk pasaran tempatan.

1.2.4.  Utamakan perusahaan kecil dan sederhana
Perusahaan kecil dan sederhana boleh memainkan peranan yang penting, bukan hanya untuk pemulihan ekonomi, malah dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa. Akan tetapi, amatlah ketara rangka institusi kini perlu dirombak semula supaya benar-benar menyokong pembangunan dan perkembangan perusahaan ini. Banyak insentif perlu diberi untuk menggalakkan peningkatan secara berterusan teknologi pengeluaran dan perkhidmatan perusahaan kecil dan sederhana serta daya pengeluaran mereka. Sehubungan ini, kita perlu:

Menubuhkan dana pelaburan yang dijamin oleh kerajaan untuk pembangunan perusahaan kecil dan sederhana yang diperuntukkan mengikut prestasi, bukan pilih kasih politik.

1.2.5.  Merombak rangka dasar penswastaan
Cukup ketara bahawa dasar penswastaan Barisan Nasional dan pelaksanaannya telah banyak diselewengkan demi menguntungkan segelintir orang dengan pendekatan pilih kawan (kronisme) dan pilih keluarga (nepotisme). Melalui penyelewengan demikian, monopoli swasta telah menggantikan monopoli awam sehingga rakyat dibebankan dengan harga yang terus meningkat. Rangka pengawasan yang sepatutnya melindungi kepentingan awam hampir tiada atau pun tidak berkesan.
Penswastaan boleh digunakan secara berhati-hati demi pembangunan negara, tetapi dasar penswastaan serta pelaksanaannya perlu dirombak. Kalaulah sektor swasta boleh mengurus perkhidmatan dan memajukan projek dengan lebih cekap dan menarik modal yang kekurangan, sektor swasta boleh dijemput mengambilalihnya daripada sektor awam asalkan kepentingan awam tidak dikorbankan, seperti berlaku di bawah BN. Kemudahan awam yang bersifat monopoli tidak patut dibenarkan menjadi monopoli swasta. Di bawah BN, faedah daripada penswastaan dibolot oleh kroni pemimpin-pemimpin tertentu, sedangkan hanya sedikit faedah yang tumpah kepada rakyat atau pun sektor awam. Kami berjanji:

Menggantikan dasar penswastaan kini, yang mengandungi unsur udang di sebalik batu, dengan dasar penswastaan telus yang dapat memelihara kepentingan

[Sebelum][Laman Asal]