pengguna serta pekerja, dan menjamin hak rakyat. Oleh yang demikian, kami akan memastikan bahawa butir-butir semua kontrak penswastaan diumumkan kepada orang ramai;

Memastikan bahawa dasar penswastaan memanfaatkan masyarakat, dan bukan lagi sekadar menggantikan monopoli awam dengan monopoli swasta;

Memastikan bahawa segala kemudahan dan perkhidmatan awam yang asasi - seperti air, pendidikan, kesihatan dan perumahan rakyat - hanya diperbadankan atau dikorporatkan demi membaiki pengurusan, tetapi tidak diswastakan;

Memastikan bahawa perusahaan awam yang telah pun diswastakan akan diawasi dengan rapi untuk memelihara kepentingan rakyat (perusahaan yang telah pun diswastakan tidak akan dihakmiliknegarakan kerana kami akan patuh kepada undang-undang negara; namun, kontrak yang tidak sah boleh dimansuhkan demi kepentingan rakyat dan negara);

Membentuk sebuah Suruhanjaya Bebas untuk mengkaji dan mengaudit semua projek besar yang telah diswastakan untuk memastikan manfaatnya kepada rakyat.

1.2.6.  Memantapkan Sistem Kewangan
Malaysia mesti menyediakan rangka yang perlu untuk mengurus sistem kewangan kita dengan lebih baik supaya dapat mengambil tempatnya bersama negara-negara lain dalam masyarakat kewangan antarabangsa. Maka itu, kami akan membatalkan langkah-langkah kawalan modal 1 September 1998 dan menggantikannya dengan sistem baru untuk mengawasi pengaliran kewangan supaya dapat mengelak krisis 1997-8 daripada berulang.

Kami akan memperkemaskan sistem kewangan dalam negeri supaya:
bersifat adil, telus, bertanggungjawab serta tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam;

menyalurkan pelaburan dan kemudahan kredit ke bidang yang produktif, bukan ke bidang spekulatif;

memulihkan imej, prestij dan kewibawaan Bank Negara;

memastikan perbelanjaan persekutuan disalurkan terutamanya untuk mempertingkatkan taraf hidup golongan miskin, serta kawasan desa dan pendalaman yang masih terpinggir.

Sistem percukaian juga akan diteliti dengan tujuan menggunakannya untuk menggalakkan para pengguna dan pengusaha industri supaya lebih peka terhadap pemeliharaan alam sekitar serta perkara-perkara lain yang diingini dari segi kepentingan negara.
Antara perkara yang akan diberi perhatian ialah percukaian terhadap untung spekulasi, pengurangan beban cukai pendapatan upah, gaji dan dividen, dan per

[Sebelum][Laman Asal]