cukaian terhadap sumber-sumber alam untuk menggalakkan penggunaannya yang cermat.

2. Meningkatkan Ketelusan dan 'Accountability'

2.1. Ke arah politik yang demokratik dan adil
Keperluan proses pemerintahan yang lebih demokratik amat mendesak. Ketelusan serta akauntabiliti (accountability) perlu diterapkan ke dalam semua aspek pentadbiran kerajaan, tanpa mengganggu-gugat kelicinan pentadbiran.
Kami akan menggalakkan pengagihan kuasa sehingga ke peringkat tempatan supaya lebih melibatkan kerajaan negeri dalam pembangunan negeri masing-masing, sambil menghidupkan kembali penyertaan rakyat dalam pemilihan kerajaan tempatan seperti majlis perbandaran, dan sebagainya. Selain itu, kami berikrar melakukan  perkara-perkara di bawah:

Memperknguatkan kewibawaan Parlimen melalui penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa tetap yang terdiri dari semua parti yang diwakili dalam Parlimen dengan kuasa menamakan Peguam Negara, Hakim Negara dan Hakim-Hakim lain, Ketua Polis Negara dan Gabenor Bank Negara yang akan dilantik oleh DYMM Yang di Pertuan Agong di bawah Perlembagaan;
Menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri kepada dua penggal pada masa
hadapan;
Menjamin kebebasan media supaya dapat mengawasi dan mendedahkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa jika
berlaku;
Melaksanakan secara tegas semua undang-undang yang kini mewajibkan mendengar pandangan orang awam (public hearing)
sebelum sesuatu projek dilaksanakan atau peraturan dipinda, seperti Akta Perlindungan Alam Sekitar, pindaan kepada taksiran nilai hartanah, dll.;
Mengkaji semula kaedah pemilihan anggota Dewan Negara dengan tujuan memperkenalkan kaedah yang mencerminkan
kepentingan seluruh rakyat;
Memperkenalkan semula sistem pilihanraya bagi kerajaan tempatan supaya pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi dapat menegakkan prinsip akauntabiliti;
Memperkenalkan sistem hisbah (ombudsman) sebagai badan pengaduan awam yang bebas lagi berkesan;
Melindungi, melalui undang-undang, individu atau kumpulan, yang mendedahkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan
rasuah, terutamanya di peringkat atasan.
Menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai sebuah badan bebas yang dilindungi oleh perlembagaan dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen; BPR mestilah diketuai oleh tokoh yang berwibawa;
Mewajibkan pengisytiharan harta wakil-wakil rakyat dilakukan secara terbuka pada setiap tahun;
Meningkatkan kewibawaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dengan memberikan kuasa penuh perlantikan Pengerusi serta anggota-anggota lain SPR kepada Parlimen melalui proses 'open hearing';
Membersihkan daftar pemilih supaya bebas daripada 'pengundi hantu', 'pengundi bertindih', dan warganegara asing;
Mengurangkan had umur mengundi bagi warganegara Malaysia kepada 18 tahun dan menjamin pendaftaran semua warganegara secara otomatik sebagai pengundi yang sah.

[Sebelum][Laman Asal]