2.2. Pulihkan kewibawaan perundangan dan kehakiman
Dalam beberapa tahun ini, pucuk pimpinan pemerintah sekarang telah melemahkan kepercayaan umum terhadap kewibawaan perundangan dan kehakiman di negeri ini. Untuk memulihkan kewibawaan ini, kami berikrar akan melaksanakan perkara-perkara berikut:

Membentuk sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk mengkaji semula sistem kehakiman dan pentadbiran undang-undang negara;
dan membuat syor-syor wajar untuk dilaksanakan, termasuk syor-syor untuk menjamin kebebasan kehakiman, perlantikan dan pemecatan hakim dan penyalahgunaan undang-undang menghina mahkamah
Memulihkan imej dan kedudukan Polis DiRaja Malaysia dengan menubuhkan satu jawatankuasa tetap sebagai Suruhanjaya
Polis yang bebas untuk menerima dan mempertimbangkan rayuan rakyat jelata berkenaan kelakuan polis;
Memastikan bahawa Peguam Negara tidak boleh menjadi ahli yang turut mengundi dalam membuat keputusan Lembaga
Pengampunan, tetapi hanya menjadi sumber nasihat dan maklumat untuk lembaga tersebut;
Mengasingkan perkhidmatan perundangan dan kehakiman, supaya kedua-duanya tidak sekali gus dikuasai oleh Peguam Negara;
Menjamin sistem 'checks-and-balances' dengan meminda segala undang-undang yang kini menidakkan kuasa penilaian semula
kehakiman (judicial review), termasuk undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dll.;
Mengkaji semula kedudukan, pentadbiran dan perlaksanaan undang-undang syariah bagi menjamin perlaksanaan keadilan dan melindungi aqidah umat Islam.

2.3  Pulihkan kewibawaan perkhidmatan awam
Anggota perkhidmatan awam negara mempunyai kebolehan dan profesionalisme yang tinggi.
Di bawah Kerajaan Barisan Nasional, terutamanya kebelakangan ini, potensi penuh perkhidmatan awam tidak tercapai.
Sebaliknya, semangat anggotanya semakin merosot kerana perkhidmatan awam telah dipolitikkan dengan berbagai cara
sehingga menjejaskan profesionalisme anggotanya. Budaya mengiyakan pemimpin politik digalakkan sehingga menggantikan
budaya integriti dan berkhidmat demi kepentingan awam.
Perkhidmatan awam memerlukan perubahan paradigma dan harus diberi peranan yang berpatutan untuk mengurus pembangunan dan pentadbiran negara tanpa diganggu oleh politik kepartian.
Demi itu, kami berjanji akan:
Memulihkan kewibawaan perkhidmatan awam, dengan memanfaatkan sepenuhnya kepakaran dan pengalaman yang terdapat di
kalangan para anggota perkhidmatan awam;
Mengganggap anggota perkhidmatan awam sebagai pasangan yang setaraf dalam usaha membangunkan negara;
Mengadakan reformasi sektor awam yang perlu demi meningkatkan kecekapannya dan menaikkan semangat dan etika bekerja dengan memperbaiki keadaan bekerja dalam sektor awam;
Berusaha menghapuskan jurang dari segi syarat perkhidmatan di antara sektor awam dan sektor swasta, terutamanya di
kalangan mereka yang mempunyai kelayakan yang sama dan melaksanakan tugas yang sama;
Mengurangkan jurang pendapatan antara peringkat tertinggi

[Sebelum][Laman Asal]