dan peringkat pertengahan dan bawah sebagai teladan bagi sektor swasta;
Menggalakkan anggota perkhidmatan awam menunjukkan iltizam yang baru demi berkhidmat untuk rakyat dan negara, bukan untuk pemimpin politik.

3. Kontrak Sosial Menuju Alaf Baru

Keghairahan Kerajaan BN memajukan projek 'mega' dan menswastakan kemudahan-kemudahan sosial telah mengenepikan kepentingan dan keperluan rakyat jelata. Maka, perlu dijalin satu 'kontrak sosial' baru antara pemerintah dan rakyat - yang akan mengutamakan keperluan dan kepentingan rakyat pada masa depan. Kami menganggap hak mendapat perumahan, pendidikan dan kesihatan sebagai hak asasi rakyat jelata

3.1. Pendidikan
Pengiktirafan rakyat Malaysia terhadap pentingnya pendidikan merupakan suatu kekuatan nasional. Sikap ini boleh menjamin
masa depan rakyat masing-masing dan negara keseluruhannya.

Pendidikan yang luas juga merupakan satu cara utama untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi, di samping menyediakan
rakyat untuk menghadapi cabaran masa depan dan globalisasi.

Sekolah dan institusi pengajian tinggi telah dibangunkan di seluruh negara dan telah berjaya mendidik ramai orang, tetapi malangnya, ramai lagi yang tidak berpeluang melanjutkan pendidikan mereka sehingga memenuhi potensi masing-masing. Di samping itu, semua warga institusi pengajian menyedari kelengkapan serta mutu pendidikan dalam negeri semakin merosot, sedangkan semangat guru-guru sekolah dan pensyarah institusi pengajian tinggi semakin lemah.

Kemerosotan ini mesti dihentikan dan pembangunan sepadu - yang merangkumi peruntukan serta kurikulum - mesti diutamakan. Penglibatan guru-guru dan pensyarah dalam proses pengurusan amat perlu untuk meningkatkan semangat mengajar.

Masalah utama kini ialah sikap Kerajaan BN, yang mahu menswastakan pendidikan dan menganggap pendidikan sebagai satu lagi cara mengaut keuntungan, iaitu sebagai satu jenis perniagaan. Falsafah dan orientasi institusi pendidikan swasta harus disesuaikan dengan kepentingan awam untuk mengutamakan cita-cita pendidikan, bukan keuntungan semata-mata - seperti berlaku di banyak negara lain.

Maka, kami bercadang mengambil langkah-langkah berikut sebagai langkah permulaan ke arah sebuah sistem yang memenuhi keperluan dan hasrat rakyat untuk pendidikan, serta kepentingan negara dan masyarakat:

Menegaskan bahawa pendidikan merupakan tanggungjawab asasi negara, meskipun sistem pendidikan swasta dibenarkan;
Sebuah Majlis Perundingan Pendidikan Kebangsaan akan ditubuhkan untuk memastikan penghayatan Falsafah Pendidikan
Negara dan perlaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan secara berkesan dan adil;

Menghentikan segala usaha ke arah penswastaan institusi pen

[Sebelum][Laman Asal]