gajian tinggi awam dan mengkaji semula pelaksanaan dasar
pengkorporatan supaya memastikan ia berpegang kepada prinsip pendidikan dan bukan keuntungan kewangan;
Memperuntukkan perbelanjaan pendidikan supaya lebih seimbang dan adil dan tiada golongan yang diabaikan;
Mengagihkan lebih biasiswa dan bantuan pendidikan lain berdasarkan keperluan;

Memperbanyakkan kemudahan taska dan tadika, terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah;
Menjamin terdapatnya pendidikan wajib yang percuma untuk peringkat sekolah rendah dan menengah rendah;
Meningkatkan mutu dan kemudahan sekolah di kawasan pendalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak;
Mengkaji semula sekim perkhidmatan guru serta memperkenalkan insentif tambahan untuk berkhidmat di kawasan pendalaman;

Menaikkan taraf latihan guru untuk semua peringkat sekolah dan meningkatkan bilangan guru yang dilatih selaras dengan
permintaan;
Memperbanyakkan peluang latihan lanjutan untuk guru dan pensyarah supaya sentiasa kemaskini dari segi pengetahuan dan kemahiran mereka masing-masing;
Memantapkan mutu dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di kalangan rakyat;
Menggalakkan dan mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa sastera dan budaya yang dinamik, yang diterima dan
digunakan oleh semua kaum di Malaysia;

Menjamin hak mempelajari bahasa ibunda seperti Cina, Tamil, Iban, Kadazandusun dan lain-lain di sekolah dan membaiki
pelaksanaan peraturan dasar bahasa ibunda supaya lebih cekap, bermutu dan peka terhadap permintaan ibu-bapa; guru bahasa ibunda yang terlatih mesti disediakan oleh sekolah kerajaan kalau terdapat sekurang-kurangnya sepuluh anak murid yang menghendaki guru bahasa berkenaan dan latihan guru bahasa ibunda akan ditingkatkan di kolej latihan guru dan di institusi pengajian tinggi awam;

Mengekalkan aliran bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah seperti yang wijud pada masa kini, di samping menggalakkan integrasi di kalangan para pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum, misalnya menerusi kegiatan ko-kurikulum;
Menambahkan jumlah dan kemudahan sekolah bahasa ibunda sesuai dengan permintaan;
Memajukan pengajaran serta pembelajaran bahasa-bahasa antarabangsa, terutamanya bahasa Inggeris dan bahasa Arab
mengikut keperluan dari semasa ke semasa;
Meningkatkan mutu dan kemudahan yang terdapat di sekolah rendah dan menengah agama;
Memperkukuhkan kedudukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang sedia ada dan meningkatkan prestasi mereka;
Memperbanyakkan bilangan IPTA secara teratur supaya tidak melemahkan IPTA yang sedia wujud untuk membolehkan
mereka menerima pelajar-pelajar yang layak dengan yuran pengajian yang paling minima atau percuma;
Memperluaskan skim biasiswa dan pinjaman, terutamanya untuk pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan
sederhana;

[Sebelum][Laman Asal]