Menjamin otonomi universiti dan institusi pengajian tinggi serta mutu mereka dengan membentuk Suruhanjaya Universiti yang akan menyelia pengurusan semua universiti, dan meminda AUKU supaya menegakkan hak asasi masyarakat akademik,
termasuk siswa-siswi;
Mengadakan saluran TV pendidikan untuk melengkapi pendidikan formal dan untuk menggalakkan pendidikan berterusan
sepanjang umur, dengan bantuan sektor korporat swasta dan institusi-institusi pendidikan awam dan swasta;
Memperluaskan skop Lembaga Akreditasi Negara untuk memantau, mengkaji dan mengiktiraf taraf akademik diploma, ijazah
dan sijil peperiksaan di luar sistem pendidikan kebangsaan. Ijazah-ijazah dari institusi pengajian tinggi Arab, Indonesia, Filipina, Taiwan, India, Pakistan, China dan negara-negara lain serta sijil-sijil persekolahan tempatan - seperti Sijil Peperiksaan Sekolah Bebas Bersatu (United Independent Schools Examination, UISE) - perlu ditimbangkan dari segi taraf akademiknya.

3.2. Kesihatan
Kerajaan Barisan Nasional mempunyai rancangan pengkorporatan sistem kesihatan awam sebagai langkah ke arah penswastaan. Rancangan ini dijalankan tanpa perundingan yang wajar dengan pihak-pihak yang berkenaan, termasuk kakitangan sistem kesihatan dan rakyat jelata.  Setelah dibantah oleh orang ramai, Kerajaan BN terpaksa mengumumkan pembatalan rancangan asalnya menjelang pilihanraya, tetapi sedang memindakannya untuk dilaksanakan setelah pilihanraya. Walhal, Malaysia mempunyai sistem kesihatan awam antara yang terbaik dan termurah dari segi kecekapan belanjanya di dunia.
Ini telah dicapai dengan peruntukan belanjawan yang sedikit - pada puratanya, sebanyak 7% daripada perbelanjaan mengurus
dan 4% daripada perbelanjaan pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh setakat ini (1996-1999). Tiada
sebab kewangan mengapa sistem ini perlu diswastakan pada ketika ini.
Oleh demikian, kami akan pihak-pihak berkuasa patut mengadakan perundingan dengan semua pihak yang berkenaan tentang cara-cara terperinci untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan. Kami berikrar Demi mempertahankan dan memajukan lagi mutu perkhidmatan ini, kami mencadangkan langkah-langkah berikut:.
Justeru itu, kami akan:
Menubuhkan Majlis Kesihatan Kebangsaan, yang bertujuan memelihara kepentingan semua rakyat, untuk memajukan lagi mutu kesihatan;
Membatalkan semua program untuk menswastakan sistem kesihatan awam;
Mengkaji semula - dari segi kos dan mutu perkhidmatan - segala perkhidmatan kesihatan yang telah diswastakan;
Meningkatkan peruntukan perbelanjaan untuk sektor kesihatan;
Merombak sekim perkhidmatan kakitangan kesihatan kerajaan supaya lebih menasabah memandangkan beban kerja serta
tanggungjawab mereka;
Mengekalkan perkhidmatan rawatan kos rendah untuk semua rakyat;
Menubuhkan suruhanjaya untuk mengkaji kekurangan sistem kesihatan yang sedia ada untuk mengemukakan cadangan yang
perlu untuk memajukan sistem kesihatan sektor awam;
Mengawasi perkhidmatan rawatan swasta untuk mereka yang

[Sebelum][Laman Asal]