mampu dan memerlukannya supaya mengurangkan penyelewengan;
Mewujudkan pusat kebangsaan kawalan penyakit bagi melakukan kajian, memantau dan mengawal penyakit-penyakit;
Memperbanyakkan peluang pendidikan serta latihan kepakaran yang berterusan untuk doktor, jururawat dan kakitangan
makmal;
Mengkaji untuk mengiktiraf kaedah-kaedah rawatan complementary (seperti homeopathy dan perubatan tradisional) ke dalam sistem kesihatan Malaysia;
Mempertingkatkan kegiatan-kegiatan promosi dan pendidikan kesihatan, serta kegiatan-kegiatan pencegahan dan pemantauan
penyakit;
Menggalakkan penglibatan kaum wanita dalam sektor perubatan, termasuk melatih lebih ramai doktor wanita demi menangani
masalah pesakit wanita.

3.3. Perumahan
Perumahan yang selesa pada harga yang berpatutan merupakan satu keperluan asasi. Keperluan ini makin mendesak dengan
proses perbandaran - kini, hampir 60% daripada penduduk Malaysia berada di kawasan bandar.
Program pembangunan perumahan kos rendah dan sederhana Kerajaan Barisan Nasional jelas telah gagal sejak tahun lapan puluhan. Akibat dasar songsangnya dan amalan spekulasi tanah yang berlebihan, terdapat penawaran yang berlebihan bagi perumahan pada harga yang di luar kemampuan golongan pendapatan rendah dan sederhana. Maka, golongan-golongan ini
telah bertahun-tahun menunggu giliran mereka; antara hasil kehampaan ini ialah fenomena peneroka bandar ("setinggan").
Barisan Alternatif akan menubuhkan sebuah Perbadanan Perumahan Rakyat dengan tugas memenuhi permintaan perumahan
kos rendah dan sederhana. Program pembinaan ini boleh dikorporatkan dan kerajaan akan menguruskan peruntukan
perumahan. Secara tidak langsung, program ini akan mengurangkan harga perumahan di pasaran terbuka, yang akan
menguntungkan semua rakyat.
Selagi masalah perumahan tidak selesai, hak peneroka bandar hendaklah terus diiktiraf. Peneroka bandar berhak mendapat perumahan alternatif atau pampasan lain yang wajar kalau dikehendaki berpindah untuk melicinkan pembangunan. Di samping itu, Kerajaan Alternatif akan:
Memperbanyakkan rumah kos rendah baik dan selesa yang dapat memenuhi keperluan asas seisi keluarga dari segi ruang
persekitaran;
Menyelesaikan masalah "setinggan" dengan segera, terutamanya di kawasan bandar, sebaik-baiknya melalui pembangunan
perumahan in situ dan/atau sistem perkongsian tanah (land sharing)
Kekerasan dan pemaksaan mesti dielakkan dalam proses penempatan semula kaum "setinggan".  Perundingan hendaklah
dijalankan di antara "setinggan", pemaju dan pihak berkuasa terlebih dulu untuk menyetujui soal-soal rumah/tanah ganti atau pampasan.
Berusaha untuk menyediakan kemudahan pinjaman yang murah bagi membantu peneroka bandar memiliki rumah sendiri.
Kemudahan awam di kawasan rumah pangsa hendaklah diperbanyakkan untuk menjamin pertumbuhan sahsiah yang seimbang.

3.4  Perkhidmatan Sosial
Kami akan memberi tumpuan yang lebih kepada keperluan sosial

[Sebelum][Laman Asal]