rakyat, terutamanya mereka yang kurang bernasib. Akan
tetapi, ini hanya dapat dilakukan dengan bantuan dan kerjasama daripada pertubuhan sosial dan komuniti. Maka, kami akan mengeratkan perhubungan dengan pertubuhan-pertubuhan tersebut dan menggalakkan mereka mengambil peranan yang lebih besar dengan sokongan daripada kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan.
Memastikan bahawa negara menyediakan perkhidmatan sosial yang menyeluruh, adil dan cekap sebagai salah satu
tanggungjawab asasi kerajaan.
Memastikan setiap projek perumahan yang melebihi saiz tertentu menyediakan kemudahan-kemudahan sosial, seperti padang, kelab rekreasi awam, perpustakaan dan sebagainya untuk kegunaan rakyat awam.
Mengadakan suatu sistem yang tersusun lagi menyeluruh untuk melindungi dan membantu kebajikan golongan fakir miskin, anak yatim, dan ibu atau bapa tunggal.
Memastikan bahawa peluang dan hak yang sama disediakan untuk orang cacat bagi memperoleh kemajuan diri, pendidikan, kerjaya, penyertaan dalam masyarakat dan kemudahan yang perlu untuk hidup berdikari di semua kawasan, kemudahan dan bangunan awam.

3.5. Alam Sekitar
Kerajaan BN hanya bercakap manis tentang alam sekitar dan pembangunan mampan. Walhal, mereka tiada program untuk
pembangunan bestari terhadap sebarang aspek alam sekitar (sama ada perhutanan, perikanan, perairan dan udara), malah tidak berupaya menggembelingkan tenaga rakyat untuk memelihara persekitaran hidup mereka. Kebanyakan petunjuk alam sekitar menunjukkan kemerosotan mutu alam sekitar, walaupun kerajaan pernah merahsiakan indeks pencemaran udara apabila jerebu bertambah buruk. Apabila sesuatu yang tidak dikehendaki berlaku, seperti keruntuhan tanah, pemimpin kerajaan pandai menyalahkan orang ramai, negara jiran, malah Tuhan juga!.
Bumi adalah anugerah Tuhan kepada insan. Kadar pemusnahan dan pengurangan sumber alam kini menimbulkan pertanyaan:
Apakah yang akan menjadi pesaka anak-cucu kita? Maka, secara prinsip, pembangunan tidak harus memusnahkan alam sekitar, dan sebarang impak negatif pembangunan terhadap alam sekitar mesti diminimakan melalui satu sistem pengurusan pembangunan yang menyeluruh, kukuh serta berpandangan jauh.
Demi itu, kami berjanji:
Menggubal dasar jangka panjang pembangunan bestari dengan penglibatan semua golongan masyarakat supaya mendapat
sokongan penuh bagi setiap peringkat kerajaan di kalangan badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik dan masyarakat umum;
Meminda Akta Perlindungan Alam Sekitar supaya sesuatu projek tidak boleh dilaksanakan/dimulakan tanpa kelulusan Penilaian
Impak Alam Sekitar dan Sosial dan komitmen penaja secara bertulis untuk melaksanakan semua syarat pengurangan impak
negatif yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar, dan mengenalpasti prosedur penyampaian maklumat dan perundingan di dalam proses Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) supaya melibatkan golongan utama yang terlibat;
Menyelaraskan undang-undang perlindungan alam sekitar di peringkat negeri dan persekutuan supaya penguatkuasaan dan
pengawasan lebih berkesan dan cekap (cost-effective);

[Sebelum][Laman Asal]