pekerja bergaji harian;
Menetapkan gaji minima bulanan yang menasabah untuk pekerja estet dan melaksanakan skim perumahan untuk pekerja estet
secara serius;
Memberi teladan ke arah sistem bekerja 5 hari seminggu dengan waktu kerja biasa tidak melebihi 40 jam seminggu;
Mengkaji semula cara pengambilan dan pengupahan pekerja asing di samping mengurangkan pergantungan kepada mereka;
Mengiktiraf hak penglibatan kesatuan sekerja dan pemimpin kesatuan sekerja dalam politik kebangsaan;
Menaikkan umur bersara kepada umur 60 tahun bagi sektor awam sesuai dengan peningkatan kesihatan dan jangka hidup;
Memastikan gaji atau ganjaran yang sama bagi lelaki dan perempuan untuk kerja atau tugas yang sama;
Meningkatkan cuti bersalin ibu di sektor awam kepada 90 hari dan memperkenalkan cuti kebapaan suaminya sebanyak 7 hari;
Memperbanyakkan program latihan dan pendidikan berterusan bersama sektor swasta demi meningkatkan fleksibiliti,
kemahiran dan produktiviti pekerja;
Mengadakan program latihan semula untuk para pekerja yang diberhentikan kerja;
Mengkaji semula keberkesanan Institut Nasional Untuk Keselamatan dan Kesihatan Kerja dan memperbetulkan
kekurangan-kekurangannya.

3.8. Wanita
Kerajaan BN menganggap kaum wanita sebagai sumber tenaga manusia sampingan; mereka digalakkan bekerja di luar rumah
apabila timbul kekurangan tenaga pekerja dan kembali ke rumahtangga apabila pengangguran meningkat.

Kami akan:
Memperketatkan undang-undang berkenaan hak, kepentingan dan martabat wanita dan memansuhkan undang-undang serta
peraturan yang mendiskriminasi terhadap wanita.

Melindungi hak serta kebajikan wanita yang ditinggalkan suami tanpa nafkah yang berpatutan.
Meneruskan penerimaan pencen bagi balu walaupun mereka berkahwin lain.
Menyediakan kemudahan-kemudahan asuhan bayi dalam komuniti dan di tempat kerja.
Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita yang bekerja.

Mengkaji Agenda Perubahan Untuk Wanita dengan tujuan untuk melaksanakan perakuan-perakuan yang sesuai.

3.9. Belia
Kegagalan atau kurang keberkesanan berbagai program untuk belia ialah kerana program diatur tanpa perundingan penuh
dengan belia sendiri dan penyertaan mereka. Kami akan memberi nafas baru kepada program belia melalui perundingan
bermakna dengan belia sendiri. Kami akan menimbangkan bagaimana:

Memberi dorongan dan kemudahan kepada belia untuk mempertingkatkan bakat dalam bidang seni, sukan dan budaya;
Mengadakan projek-projek khusus untuk mencungkil bakat pimpinan dalam bidang perkembangan diri, budaya,

[Sebelum][Laman Asal]