keusahawanan, dan sosial;
Mengatasi masalah-masalah yang sering dihadapi oleh sesetengah belia seperti pengangguran, salahguna dadah, keciciran dan masalah-masalah akhlak dengan pendekatan yang tidak mengasingkan mereka lagi;

Membuka peluang yang lebih luas kepada belia dari pelbagai latarbelakang sosial untuk menyertai latihan kemahiran dan projek ekonomi;

Menyediakan pusat pemulihan yang lebih berkesan serta peluang pekerjaan bagi belia yang menjadi mangsa gejala sosial, supaya mereka dapat diserap kembali ke dalam masyarakat dari segi peluang kehidupan bermasyarakat.

3.10.Warga Tua dan Pesara
Warga tua dan pesara patut mendapat tempat yang sesuai dalam masyarakat yang pesat membangun. Oleh kerana tidak terlalu
sibuk dengan beban kerja, warga tua patut digalakkan memainkan peranan lebih besar dalam masyarakat. Kerajaan tempatan patut memulakan program di kalangan masyarakat untuk menggerakkan warga tua ke arah ini.

Untuk menjaga kebajikan warga tua dan pesara, kami akan:

Menetapkan kadar pencen minima supaya warga tua mampu menyara diri;

Membolehkan pesara yang masih ingin bekerja supaya dapat menyumbang kepada pembangunan nasional;

Mengadakan sistem tambang separuh harga untuk para warga tua dan pesara bagi semua jenis pengangkutan awam;

Mewajibkan anak-anak dan waris terdekat bertanggungjawab bagi penjagaan warga tua dan menyokong langkah demikian
dengan pengecualian cukai serta kemudahan-kemudahan lain;

Memastikan bahawa warga tua mendapat keutamaan dalam menetapkan giliran mengerjakan haji;

Menggalakkan badan-badan bukan kerajaan mengembangkan lagi program dan kursus untuk golongan warga tua dan pesara
yang ingin mencungkil bakat dan menguasai kemahiran baru, menyertai pelancongan bersifat pendidikan, kursus bahasa,
pendidikan jasmani, dan sebagainya.

4. Perpaduan Nasional

Perpaduan nasional masih merupakan cabaran besar bagi Malaysia. Oleh demikian, Barisan Alternatif akan menumpu perhatian terhadap usaha berterusan untuk mengeratkan perpaduan antara semua golongan masyarakat Malaysia: Menghapuskan amalan dan dasar "pecah dan perintah" antara kaum yang sering diamalkan oleh Kerajaan BN untuk terus berkuasa;

Menegakkan perpaduan nasional berasaskan keadilan serta kepelbagaian budaya;

Mendukung peruntukan hak istimewa orang Melayu dalam Perlemba

[Sebelum][Laman Asal]