Make your own free website on Tripod.com

kita.

5. Membina Demokrasi Tulen

Demokrasi tulen memberikan ruang yang bermakna untuk penyuaraan pendapat orang awam serta penyertaan orang awam dalam berbagai proses pemerintahan harian dan bukan hanya sekadar mengundi lima tahun sekali.

Kumpulan-kumpulan yang berkepentingan patut dibenarkan mengutarakan dan memperdebatkan pandangan masing-masing jika tidak menjejaskan keselamatan negara, tidak menghasut kelakuan ganas, atau bersifat fitnah semata-mata.

Maklumat yang penting haruslah terbuka kepada semua yang menghendakinya, tertakluk kepada undang-undang negara, yang
harus dipinda untuk hanya merahsiakan perkara yang perlu dirahsiakan seperti rahsia ketenteraan.

Kami akan mengurangkan atau menghapuskan sama sekali segala bentuk tekanan atau ancaman pemerintah. Semua undang-undang anti-demokratik, seperti tahanan tanpa bicara, akan dimansuhkan.

Namun, kami akan memperkenalkan berbagai peraturan minima, yang membawa hukuman yang berat sekiranya dilanggar. Demokrasi tulen tidak bermakna 'apa saja pun boleh', tetapi ia memerlukan rakyat yang bertanggungjawab supaya mengawal diri dalam rangka peraturan-peraturan minima ini.

Kami juga akan:
Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menghentikan amalan penahanan tanpa bicara.

Menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk mengkaji semula akta dan undang-undang (seperti Akta Rahsia Resmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Polis, AUKU, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dll) dengan tujuan menghapuskan aspek-aspek yang zalim dan mencabul hak asasi manusia.

Menjamin kebebasan media serta hak berkumpul, bersuara dan berpersatuan melalui pindaan kepada akta dan undang-undang
tersebut; RTM akan diperbadankan tertakluk kepada sebuah Suruhanjaya Penyiaran yang bebas. Memastikan bahawa semua dasar, akta dan undang-undang diselaraskan dengan sikap menjunjung kemuliaan dan martabat insan.

Memastikan Suruhanjaya Hak-hak Asasi Manusia yang bebas dan berwibawa untuk melindungi dan memupuk hak-hak asasi manusia rakyat, di mana keahliannya mewakili semua golongan utama dalam masyarakat madani.

Menggubal suatu Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act) bagi menjamin ketelusan dan pengaliran maklumat kerajaan kepada rakyat.

Menggubal undang-undang untuk melindungi orang yang membongkarkan rasuah, penyelewengan dan salah laku kerajaan yang lain untuk membaiki pentadbiran.

Menandatangani dan mengesahkan Kovenan Antarabangsa Tentang Hak-

[Sebelum][Laman Asal]