hak Sivil dan Politik dan Kovenan Antarabangsa Tentang Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Budaya.

Meningkatkan mutu dan keberkesanan pendidikan hak asasi di semua peringkat persekolahan dan institusi pengajian tinggi serta pusat-pusat latihan perkhidmatan awam.

Membaiki pentadbiran penjara supaya orang tahanan mendapat layanan yang sesuai dengan piawaian antarabangsa.

6. Memulihkan Imej dan Kedudukan Antarabangsa

Nama baik Malaysia telah dicemarkan oleh Kerajaan BN kebelakangan ini, bukan hanya kerana kes Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng serta kenyataan-kenyataan yang melulu, tetapi kerana amalan bertalam dua muka di dalam dan di luar negeri. Namun, Malaysia mempunyai peranan yang penting dalam arena antarabangsa akibat beberapa kejayaan dasar luar negeri yang kami akan pertahankan.

Kami akan tetap:
Memberi tekanan kepada pendirian-pendirian antarabangsa Malaysia yang mendukung keadilan dan kepentingan negara-negara membangun di medan dan badan antarabangsa, dan akan meminda dasar luar negara Malaysia yang bercanggah dengan pendirian ini;

Memperjuangkan pandangan dan kepentingan dunia membangun dalam forum-forum antarabangsa, dan kami akan cuba sedaya upaya untuk menggerakkan semula pergerakan negara berkecuali (non-aligned movement) dan memberikan nafas baru kepada Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC);

Memperjuangkan reformasi dalam berbagai badan antarabangsa supaya lebih bersifat demokratik serta telus, dan kurang bersifat alat kuasa besar;

Menyediakan negara untuk menangani globalisasi dengan prinsip 'terima yang jernih, buang yang keroh';
Menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara yang inginkan kedamaian dan kerjasama yang saling menguntungkan.
Oleh yang demikian, kami akan:

Mendukung sistem antarabangsa baru yang adil serta demokratik, berdasarkan kesaksamaan dan kedaulatan nasional, saling hormat-menghormati, dan hak asasi;

Melaksanakan dasar luar yang bebas serta berkecuali dan memastikan kepentingan ekonomi dan politik negara Malaysia
sekali-kali tidak tertakluk kepada kepentingan kuasa besar dunia;

Memperjuangkan reformasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), IMF (International Monetary Fund), Bank Dunia dan WTO (World Trade Organization) supaya menjamin keadilan bagi negara-negara kecil dan miskin serta rakyat dunia, dan tidak memihak kepada kepentingan syarikat gergasi antarabangsa atau kuasa-kuasa besar;

Memastikan proses globalisasi tidak mengancam kepentingan negara dan rakyat jelata;
Menentang pemusatan kekayaan dan penindasan di peringkat antarabangsa yang mengakibatkan jurang sosio-ekonomi bertambah lebar antara Utara dengan Selatan;

[Sebelum][Laman Asal]