Menyokong dasar "penglibatan membina" (constructive engagement) di kalangan negara-negara ASEAN dalam persoalan-persoalan pelaburan ekonomi, alam sekitar, hak asasi manusia, pekerja asing, dan masalah-masalah sosial lainnya;
Mempertingkatkan kerjasama serantau di kalangan negara-negara anggota ASEAN dalam semua bidang;

Memperluaskan hubungan di kalangan rakyat negara-negara ASEAN supaya hubungan itu tidak terbatas hanya kepada hubungan antara kerajaan;

Memastikan bahawa wilayah Malaysia tidak akan ditawarkan lagi untuk dijadikan pengkalan tentera asing, seperti pernah ditawarkan oleh Kerajaan Mahathir, yang kononnya anti-Barat.

Masa Depan Negara Dalam Tangan Rakyat
Kerajaan BN pernah mengaku dirinya 'bersih, cekap, amanah', tetapi sebenarnya, 'boros, curang dan angkuh'. Untuk menyelamatkan Malaysia daripada cengkaman pimpinan rakus yang secara bermaharajalela mempertahankan, malah menambahkan lagi kuasa politik dan ekonominya, rakyat mesti bersatu padu untuk menolak pemerintahan BN pimpinan
Mahathir.

Sesungguhnya, amatlah sukar bagi kami - yang serba kekurangan - mengalahkan BN, yang sedang terus menyalahgunakan kuasanya terhadap jentera dan perbelanjaan kerajaan, media siaran dan cetak, serta politik wang. Walau bagaimana pun, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa BN dewasa ini telah membuka jalan baru yang belum pernah diterokai rakyat Malaysia sebelumnya. Buat kali pertama sejak kemerdekaan, kebanyakan rakyat Malaysia daripada semua kaum menghendaki perubahan sedangkan parti politik alternatif pula berjaya bersatu demi keadilan. Sekurang-kurangnya, kesedaran rakyat yang meluas dan perpaduan parti alternatif yang kukuh akan mengurangkan dominasi Barisan Nasional dalam pilihanraya kesepuluh,
dan insya Allah, memudahkan proses mengganti BN, yang telah mengkhianati amanah rakyat, dengan Barisan Alternatif.

RAKYAT BOLEH
SELAMATKAN MALAYSIA
DEMI KEADILAN

24 OktoSeptember 1999


[Sebelum
][Laman Asal]