Make your own free website on Tripod.com

TAKLIMAT DAN DIALOG
PILIHANRAYA

30 OKTOBER 1999
2.00 petang
Hotel Grand Continental, Kuantan

Satu taklimat dan dialog pilihanraya telah diadakan pada 30 Oktober yang lepas bertempat di Hotel Grand Continental, Kuantan. Tetamu taklimat ini ialah Encik Sopian, Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Pahang.

Taklimat tersebut berkisar mengenai proses dan perjalanan pilihanraya di Malaysia. Ini termasuklah mengenai syarat-syarat calon, pencadang, agen calon, pemerhati dan sebagainya.

Sesi dialog menjadi hangat bila timbul isu pengundi buta. Encik Sopian menerangkan bahawa seseorang pengundi bolehlah ditemani oleh warisnya yang terdekat dan waris yang menemaninya itu pula hendaklah seorang pemilih berdaftar. Dalam kes pengundi buta tersebut tidak mempunyai waris atau hadir seorang diri, maka KTM (Ketua Tempat Mengundi) berhak untuk menemaninya. Untuk memastikan pengundi buta ini memangkah mengikut pilihan hatinya, keADILan Bahagian Kuantan meminta supaya pengundi ini juga ditemani oleh pemerhati-pemerhati dari setiap parti yang bertanding. En. Sopian menerangkan bahawa itu tidak boleh dilakukan kerana ia melanggar elemen kerahsiaan undi si pengundi.

Pihak keADILan Kuantan membantah dengan alasan bahawa dalam kes sebegini, sudah tidak ada elemen kerahsiaan tadi kerana pengundi buta perlu ditemani oleh orang lain, dalam keadaan sebegini ia sudah tidak rahsia lagi. Walaupun waris menemani, tetapi waris itu juga seorang pemilih berdaftar dan tentulah dia mempunyai pilihan undian sendiri dan kemungkinan pula berlainan dengan si buta ini. Dalam keadaan sebegini tentulah waris tadi boleh menipu si buta untuk memangkah mengikut pilihannya. Apalagi seorang KTM, kakitangan kerajaan yang boleh dipersoalkan sikap tidak berpihaknya. Dengan rasional-rasional ini, jelas bahawa perlu pemerhati-pemerhati dari parti politik yang bertanding untuk turut sama menemani si buta tadi mengundi. Perkara pokoknya adalah ketelusan, bukan elemen kerahsiaan tadi.

Majlis pada hari itu turut dihadiri oleh Saudara Tian Chua, Naib Presiden keADILan yang berkebetulan menyampaikan ceramah umum pada malam sebelumnya.




keadilan_bk@hotmail.com