Make your own free website on Tripod.com

CERAMAH UMUM
keADILan BAHAGIAN KUANTAN
29 OKTOBER 1999

Ceramah pada malam ini bermula pada pukul 9.30 malam dan dipengerusikan oleh Saudara Osman Talib. Ceramah pada malam ini adalah yang pertama dibuat di Jasmin Villa, kepunyaan Puan Hajjah Marina Yusoff.

Ceramah dimulakan oleh Cikgu Yusoff Ibrahim, YDP PAS Kawasan Kuantan, kemudian diikuti oleh Saudara Tian Chua dan yang terakhir adalah Saudara Lim Guan Eng yang sampai lewat kerana bergegas dari ceramah di Sungai Isap.

Isu utama yang diutarakan oleh penceramah-penceramah pada malam itu ialah:

AKUAN BERSUMPAH DATO' MURAD, BEKAS TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA

Akuan bersumpah Dato' Murad yang menyatakan bahawa DSAI mempunyai dana politik sebanyak RM 3 billion adalah bohong belaka. Kalau betullah DSAI mempunyai dana politik sebanyak itu, tidak perlulah petugas-petugas keADILan mengutip derma setiap kali membuat ceramah. Setakat ini, Dr. Chandra Muzaffar mewakili Aliran dan ABIM sudah menafikannya. Dr. Chandra sudah membayangkan untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Dato' Murad.

Walaupun pendek, tetapi ucapan Lim Guan Eng yang bersemangat berjaya membuatkan penonton yang ingin pulang untuk terus tegak berdiri. Beliau mencabar Dato' Murad supaya mendedahkan nombor-nombor akaun dana politik DSAI jika dakwaan tersebut benar, jangan hanya pandai membuat kenyataan.

Saudara Tian Chua juga menyentuh mengenai pembentangan Belanjawan 2000 di Parlimen pada sebelah siangnya. Beliau menjelaskan bahawa belanjawan tersebut hanyalah duplikasi dari Belanjawan Alternatif yang telah dibentangkan oleh Barisan Alternatif beberapa hari sebelumnya.

Majlis ceramah tamat lewat jam 12.00 malam kerana kelewatan Saudara Lim Guan Eng. Pihak keADILan Kuantan berharap semoga pihak polis dapat memahaminya.




keadilan_bk@hotmail.com