Sebagai Satu Alternatif

Kami di keADILan sebagai sebuah parti menawarkan diri kepada rakyat untuk menjadi alternatif kepada pemerintah sedia ada dengan hasrat untuk menegakkan pemerintahan yang adil berdasarkan demokrasi berparlimen berasaskan Perlembagaan dan prinsip keluhuran undang-undang.

Untuk menguatkan keyakinan rakyat, kami menubuhkan Barisan Alternatif bersama-sama PAS, DAP dan juga PRM.

Parti Islam SeMalaysia (PAS), sebuah parti politik yang diakui rekodnya sebagai sebuah parti yang konsisten dan kental dengan iltizam perjuangannya.

Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti pelbagai kaum yang yang sentiasa dimomokkan dengan fitnah-fitnah perkauman tetapi terus hidup sehingga kini untuk memperjuangkan keadilan dan kebebasan semua kaum.

Parti Rakyat Malaysia (PRM), sebuah parti yang mempunyai sejarah perjuangan yang lama, suatu masa dulu dianggap agak radikal tetapi semangat juangnya tidak pernah luntur untuk menjayakan reformasi tulen di bumi Malaysia tercinta.

Di samping parti-parti politik di atas, barisan alternatif juga mendapat sokongan kuat dari banyak pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membawa hasrat perjuangan yang sama iaitu menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.

Laman Asal  |  Siapakah Kami  |  Mengenali Kami  |  Laman Berkaitan   |  Berita Terkini  |  Kalendar Peristiwa  |  Jawatankuasa

keadilan_bk@hotmail.com