TEMERLOH BERGEGAR DENGAN LAUNGAN
REFORMASI!!!

RABU, 20 OKTOBER 1999. Aktiviti Jelajah Negara SUMPAH KERAMAT PEMUDA akhirnya sampai ke negeri Pahang Darul Makmur. Bertempat di Kg. Tengah, jalan antara Temerloh ke Triang, kehadiran orang ramai yang hampir 10,000 orang sekali lagi memberi kegentaran dan ketakutan kepada pemimpin-pemimpin (layakkah mereka digelar pemimpin?) Barisan Nasional, khususnya di Negeri Pahang. Seperti aktiviti SUMPAH KERAMAT PEMUDA di negeri-negeri lain, SUMPAH KERAMAT PEMUDA di Pahang juga diketuai oleh Saudara Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda keADILan Pusat.
Diiringi oleh barisan Exco Pemuda keADILan Pusat dan negeri-negeri seperti Saudara Hamdan Taha, Saudara Idrus Wan Chik, Saudara Zakir, Saudara Gobalakrishnan, Ustaz Badrul Amin, Saudara Zahid, Saudara Hanapiah Man, Saudara Lokman Nor Adam dan lain-lain lagi.Dari Pahang pula diketuai oleh Sdr Zakaria dan Naib Ketua Sdr Soleh Mohamad.Kehadiran diserikan lagi dengan pemimpin-pemimpin barisan alternatif yang lain termasuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Di permulaan majlis, hujan mulai turun tetapi tiada seorang pun berganjak. Ketika Saudara Lokman memulakan ucapannya, guruh pun berbunyi. Ini disahut dengan seruan "takbir!!!" oleh beliau dan disambut dengan "Allahu Akbar" oleh para hadirin. Hujan berhenti di pertengahan majlis, nampaknya Tuhan gembira kerana hamba-hambaNya pada malam ini tahan kepada dugaan.

Satu isu ditimbulkan oleh Gobalakrishnan tentang mengapa sebuah lebuhraya boleh dibina oleh kerajaan menuju ke Bukit Tinggi Resort yang sudah tentunya MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT semata-mata untuk memberi kemudahan kepada seorang yang bernama VINCENT TAN berniaga resort dan padang golfnya. Dan yang paling pelik, lebuhraya ini tidak mempunyai satu pun kaunter kutipan tol. Ini bukan sahaja satu bukti pembaziran duit rakyat, malahan juga satu tanda jelas penyalahgunaan kuasa Barisan Nasional demi kepentingan kroni-kroni pemimpinnya.
.
Kesemua pemimpin Pemuda keADILan pada malam ini memberi ucapan yang begitu bersemangat dan bertenaga menyebabkan laungan REFORMASI dan TAKBIR tidak putus-putus kedengaran memecah dingin malam Temerloh, mungkin mengejutkan tidur Dato' Sabaruddin Chik yang sudah sedia tidak lena. Saudara Hanapiah Man mendedahkan bahawa kesemua 23 cawangan keADILan di Perak didokong oleh bekas pemimpin Umno, membuktikan bahawa Umno Perak kalau pun bukan telah hancur lerai, mungkin sudah menjadi arang yang hanya boleh digunakan untuk menulis perkataan BN di dalam warna hitam! .
Saudara Zahid sudah menjadi BEKAS cucu Ghafar Baba, Saudara Hamdan Taha pula terkilan kerana dua orang anak didik Anwar, Saudara Zahid Hamidi dan Sarip Jusoh kini hanya berdiam diri dan bersekongkol pula dengan rejim zalim lagi rakus, MAHAthir dan DAIM semata-mata kerana mementingkan perut dan bawah perut mereka sahaja. Menceritakan pengalaman lima hari di dalam lokap, Ustaz Badrul Amin mengatakan usahkan lima hari, lima puluh hari, lima ratus hari, matipun beliau sanggup demi jihad menentang kezaliman ini kalau itulah harga yang terpaksa dibayar.

.
Majlis pada malam ini diselang dengan acara kemuncaknya iaitu SUMPAH KERAMAT PEMUDA keADILan yang dibarisi oleh pemimpin-pemimpin Pemuda keADILan Pusat, Negeri-negeri dan semua bahagian di Pahang. Dari setiap baris kata yang diucap, terpancar satu semangat perjuangan yang kental untuk menegakkan keADILan di bumi Malaysia ini, sehebat bunyi guruh yang berdentum tadi. Pengakhirannya, pemimpin yang ditunggu-tunggu, Saudara Ezam menyampaikan ucapan penutup. Sekali lagi Saudara Ezam mencabar Dato' Seri Najib menafikan dakwaannya bahawa kontrak pembelian jet-jet pejuang semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan turut diiringi dengan perjanjian bahawa penggunaan jet-jet pejuang tersebut mestilah dengan kebenaran Kerajaan Amerika Syarikat. Saudara Ezam juga mencabar TPM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan kontrak-kontrak yang diluluskan oleh beliau kepada seorang yang berpangkat BAPA MERTUA kepada beliau. Kemenangan Gus Dur, seorang Kiai dalam pemilihan Presiden Indonesia sekali lagi memberi kejutan kepada jantung MAHAthir. Kalau Indonesia boleh berubah mengapa kita tidak...?

REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

KEADILAN.COM