rakyat, Kerajaan BN sebaliknya telah cuba menakutkan rakyat bahawa kononnya, keluhan demikian bersifat ganas dan akan mencetuskan persengketaan kaum.
Menurut tohmahan BN, huru-hara akan terjadi jika sekiranya kekuatan kedudukan Kerajaan BN itu dipersoalkan. Dalam menyebarkan dakyah tersebut, mereka telah memperalatkan sepenuhnya media aliran utama negara ini, yang dikuasai BN sepenuhnya. Tujuan mereka semata-mata untuk menakut-nakutkan dan memecah-belahkan rakyat, yang mulai sedar dan ingin memperjuangkan perubahan yang benar-benar bermakna. Jelaslah bahawa mereka cukup takut dan sedang cuba menghalang
rakyat Malaysia daripada menggembleng tenaga demi membawa reformasi untuk melahirkan sebuah negara yang benar-benar adil, saksama dan demokratik.

Selain itu, dalam menghadapi kegelisahan rakyat, pemerintahan BN dengan jelasnya telah memperalatkan sentimen perkauman. Mereka cuba menimbulkan rasa syak wasangka di kalangan pelbagai kelompok kaum dan melaga-lagakan satu kelompok kaum dengan yang lainnya. Malah, BN terus menerus menggembar-gemburkan persengketaan kaum di negara-negara lain yang keadaannya sama sekali berbeza daripada negara ini dan tidak ada relevannya bagi negara ini. Pemerintahan BN juga
memfitnah parti alternatif sebagai agen kuasa asing. Sedangkan merekalah yang mendakwa bahawa pelabur asing akan lari tanpa BN kononnya kerana tidak yakin pada parti alternatif. Rakyat tidak mudah tertipu oleh mereka yang sudah lama bersubahat dengan kuasa asing dari Barat dan Timur. Sekarang, BN cuba memomokkan kuasa asing sebagai alasan atas kegagalan BN dari segi pentadbiran ekonomi. Kita bersyukur kerana permainan jahat ini sudah disedari rakyat dan tidak lagi berkesan.

Barisan Alternatif: Malaysia Yang Adil dan Demokratik

Peristiwa Bersejarah
Kini, telah lahir iltizam yang amat kuat di kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum untuk melaksanakan suatu perubahan besar. Rakyat Malaysia dari segala lapisan kini telah bertekad untuk melahirkan sebuah sistem demokrasi:

yang jujur, dinamis dan benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat;
yang mempunyai sistem berparlimen yang dapat mewakili kepentingan-kepentingan rakyat jelata;
yang mempunyai institusi kehakiman yang benar-benar bebas dan bersih;
yang mempunyai angkatan polis yang bersifat profesional, yakni melaksanakan tugas-tugasnya secara adil dan saksama menurut lunas undang-undang;
yang mempunyai media massa yang tidak dibelenggu oleh pihak berkuasa semata-mata;
dengan sifat bertanggungjawab dan ketelusan yang dihargai sebagai ciri asasi sistem pemerintahan;
di mana perbezaan pandangan dan pendapat bukan sahaja dihormati, malah dimanfaatkan untuk membaiki kesilapan akibat kekurangan faktor insaniah; dan
yang mendukung ekonomi yang dinamis, kukuh, adil dan mampu bersaing di tahap antarabangsa.

Masyarakat adil dan demokratik yang kita hasratkan itu mestilah dibina atas asas nilai-nilai rohani dan akhlak yang tersimpul dalam ajaran Islam dan ajaran-ajaran agama lainnya. Pengamalan Islam sebagai ad-deen dan penghayatan nilai-nilai kerohanian - baik pada tahap

[Sebelum][Laman Asal]