individu maupun pada tahap masyarakat - adalah benteng yang melindungi kita daripada korupsi, tamak haloba dan keruntuhan moral. Demi mencapai natijah ini, institusi keluarga sebagai unit asas masyarakat mesti dimantapkan. Institusi-institusi sosial lainnya juga akan turut dimantapkan untuk menjadi asas pembinaan sebuah peradaban moden yang utuh. Sesungguhnya, dalam usaha membina sebuah bangsa yang berakhlak, perlulah usaha secara sedar untuk menggubal dasar dan program dalam setiap bidang kehidupan masyarakat yang menerapkan prinsip akhlak dan kerohanian yang bersifat universal. Di
antara prinsip-prinsip ini, nyatalah bahawa prinsip keadilan mempunyai kedudukan yang utama.

Usaha Kerajaan BN untuk hanya memperjuangkan prinsip keadilan politik dan ekonomi di peringkat antarabangsa di kalangan negara-negara di dunia sahaja tidak jujur, konsisten atau menyeluruh. Sepatutnya, mestilah terdapat iltizam yang lebih untuk menegakkan prinsip dan amalan keadilan dalam Malaysia ini sendiri. Usaha Malaysia sebagai pejuang keadilan antarabangsa ditertawakan masyarakat dunia kerana prinsip yang sama tidak pula diperjuangkan dan dilindungi dalam negara kita sendiri. Sebahagian daripada perjuangan menegakkan keadilan ini ialah perjuangan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara kita, meskipun kita senantiasa berusaha untuk memupuk hubungan yang baik dengan negara-negara lain.

Janji Kami
Dalam memperjuangkan cita-cita melahirkan negara Malaysia yang adil dengan nilai-nilai akhlak yang luhur, kita menghormati prinsip-prinsip asasi Perlembagaan Malaysia, iaitu:

Kedaulatan perlembagaan;
Raja berperlembagaan;
Demokrasi berparlimen;
Hak-hak kebebasan asasi;
Keluhuran undang-undang;
Kebebasan kehakiman;
Hak dan tanggungjawab kewarganegaraaan;
Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, dan prinsip kebebasan beragama;
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa rasmi, dan hak menggunakan dan mempelajari bahasa-bahasa lain;
Kedudukan istimewa orang Melayu dan rakyat Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan-kepentingan sah, dan hak kaum-kaum lain; dan
Sistem pemerintahan persekutuan yang memenuhi tanggungjawabnya, di mana kedudukan istimewa negeri Sabah dan Sarawak dilindungi dan dihormati.

Maka, kami berikrar akan:
bersama dengan perjuangan rakyat untuk melahirkan negara Malaysia yang makmur dan adil berasaskan sistem pemerintahan demokratik tulen;
melindungi dan mempertahankan hak dan martabat semua rakyat serta menjamin keadilan untuk semua;
melaksanakan usaha sepadu untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ekonomi, memantapkan kecekapan ekonomi, dan
menyelaraskan pengurusan ekonomi demi menyediakan ekonomi negara menghadapi cabaran antarabangsa;
menyalurkan sumber-sumber negara, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asasi rakyat, tetapi yang lebih penting lagi, untuk

[Sebelum][Laman Asal]