gubah peraturan dan suasana sesuka hati tanpa menghiraukan kesannya, terutama sekali terhadap nasib rakyat dan kepentingan nasional. Sementara itu, kami juga akan mengambil tindakan yang wajar untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul daripada
kekurangan dan kegagalan pasaran tempatan dan global. Khususnya, kami berjanji mengambil tindakan untuk perbetulkan berbagai herotan yang muncul akibat pertumbuhan pesat yang tidak seimbang dalam dekad sebelum dilanda kegawatan ekonomi.

Justeru itu, Barisan Alternatif akan membentuk Majlis Perundingan Ekonomi dan Sosial untuk menggemblengkan bakat-bakat profesional sektor swasta maupun sektor awam serta masyarakat umum untuk mencapai muafakat dan sokongan penuh akan dasar yang dibentuk mengikut kepentingan negara dan rakyat.

Sasaran utama dasar tersebut ialah menggerakkan Malaysia ke arah ekonomi teknologi tinggi (hi-tech) dan ekonomi maklumat dan ilmiah (information and knowledge economy) sambil terus memajukan sektor-sektor tradisional seperti pertanian dan perindustrian. Sebagai sebuah negara yang kecil dengan bilangan penduduk yang kecil, inilah satu-satu jalan kita dapat berjaya dalam ekonomi global pada masa akan datang. Fleksibiliti, kecerdasan dan kecergasan dalam sektor perkhidmatan sedunia, bukan industri berat ala Mahathir yang gagal, yang akan menjamin kedudukan dan masa depan negara dalam alaf baru.
Sasaran ini memerlukan masyarakat yang mempunyai tahap keilmuan, kecerdasan berfikir serta kreativiti yang tinggi. Ia berkait rapat dengan pembentukan sebuah negara yang benar-benar demokratik dan adil, kerana itulah prasyarat untuk membebaskan potensi individu dan negara. Ia memerlukan pendekatan baru dan menyeluruh terhadap pendidikan. Ia memerlukan individu yang mampu mengawasi dan mendisiplinkan diri, bukan hanya sekadar menunduk kepada perintah atau sekadar akur hanya apabila diawasi dan dikawal. Malah, kemampuan mengawasi dan mendisiplinkan diri adalah asas akhlak dalam era teknologi maklumat, kerana itu sahaja yang mampu menangkis pengaruh, nilai dan kegiatan yang negatif. Sementara itu, perkembangan antarabangsa jelas membuktikan bahawa ekonomi global yang sedang muncul tiada belas kasihan dan akan mendatangkan kesan buruk dari segi memperluaskan jurang pendapatan di dalam negeri dan di antara negara.

Kami ingin menghalang gejala ini, juga amat prihatin akan keperluan rangka sosial supaya membantu rakyat menghadapi cabaran ini melalui usaha pendidikan, latihan dan kebajikan yang serius dari awal-awal lagi.

Rancangan Bertindak
Berdasarkan prinsip-prinsip yang telah dihuraikan dalam Muqadimah di atas, maka kami kemukakan, secara lebih terperinci, perkara-perkara utama yang patut akan kami dilaksanakan oleh kerajaan negara ini. dalam pelbagai bidang dalam penggal pemerintahan yang akan datang, sekiranya rakyat memilih Barisan Alternatif. Secara umum, kami akan mengambil langkah-langkah permulaan untuk membangunkan sistem pemerintahan yang demokratik, telus, bertanggungjawab (accountable), serta berakhlak untuk menyediakan suasana di mana ekonomi kita boleh pulih kembali dengan lebih teguh, mantap dan mampan, rakyat boleh hidup dengan makmur, bebas dan sentosa, dan tanahair kita benar-benar disegani dunia.
Oleh itu, dalam penggal parlimen nanti, kami bercadang mengambil langkah-langkah tertentu bersesuaian dengan alaf baru demi:

mengukuhkan ekonomi negara;

[Sebelum][Laman Asal]