Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi harta-harta warisan kebangsaan, dan meningkatkan denda dan hukum kerana kesalahan melanggar Akta Perlindungan Alam Sekitar serta undang-undang perlindungan harta warisan kebangsaan;
Memastikan bahawa tiap-tiap negeri mengambil langkah mewartakan taman negara atau taman pemeliharaan yang menasabah serta tapak-tapak perbandaran dan perumahan baru dalam pelan induk;
Berusaha ke arah penyelarasan undang-undang perhutanan dan pembalakan di antara negeri dan mewujudkan sistem pemeriksaan yang bebas untuk memastikan bahawa semua undang-undangnya dilaksanakan dengan tegas;
Menggalakkan semua negeri mewartakan kawasan tadahan air yang mencukupi bagi masa depan secepat mungkin;
Berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri supaya melaksanakan pelan pemeliharaan yang sedia ada serta menyediakan pelan pemeliharaan yang baru di mana perlu.

3.6. Kepenggunaan dan Harga
Barisan Alternatif menganggap bahawa kerajaan bertanggungjawab melindungi kepentingan rakyat sebagai pengguna, antara lain dengan memajukan mutu hidup dan mengawal kos hidup. Oleh demikian, kami berjanji akan:
Memperkuatkan undang-undang perlindungan pengguna, khususnya dari segi kawalan harga barang dan kos perkhidmatan serta mutunya, terutamanya pada musim perayaan;
Mengkaji semula Akta Pengguna supaya sebuah Tribunal bebas ditubuhkan dengan penyertaan badan-badan bukan kerajaan,
untuk mengenalpasti senarai barang-barang keperluan serta mengawal kenaikan harga barang-barang tersebut dengan
mewujudkan satu sistem indeks harga bagi tujuan pengawalan;
Menggalakkan gerakan koperasi dalam bidang pengeluaran dan pengedaran barang perlu;
Menggalakkan persatuan-persatuan pengguna bergiat dengan lebih cergas supaya meningkatkan tahap kesedaran pengguna akan hak mereka;
Mengawal pengiklanan supaya tidak menjejaskan maruah kaum wanita atau golongan lain.

3.7. Pekerja
Supaya Malaysia dapat meningkatkan daya saingnya di dalam ekonomi global alaf baru, pekerja perlu bersifat fleksibel dari segi kemahiran dan kemampuan mereka, bersikap inovatif dan sentiasa meningkatkan produktiviti mereka. Demi itu, proses pendidikan berterusan, suasana bekerja serta rangka perhubungan perusahaan amat penting, bukan hanya dari segi hak pekerja, tetapi juga dari segi kepentingan negara. Kami berjanji akan:
Membentuk rangka perundingan tiga pihak (tripartism) yang berkesan, adil dan demokratik, dan meminda undang-undang
buruh, kesatuan sekerja dan perhubungan perusahaan sesuai dengannya;
Memansuhkan atau meminda undang-undang yang menyekat hak pekerja untuk membentuk, menyertai dan bergiat dalam
kesatuan sekerja;
Mengkaji semula dan mengemaskinikan faedah-faedah pemberhentian kerja serta mengkaji pembentukan dana kebangsaan bagi membantu para pekerja yang diberhentikan (retrenchment fund);
Menetapkan gaji minima bulanan yang menasabah untuk pekerja-

[Sebelum][Laman Asal]