gaan, tetapi menentang penyalahgunaannya (misalnya untuk
menguasai kekayaan bagi segolongan kecil kroni), dan memperluaskan lingkungan tindakan afirmatif kepada golongan yang
lemah dan mundur tanpa mengira kaum, latarbelakang sosial dan agama.

Memberi perhatian dan tumpuan yang wajar kepada Orang Asli serta semua kelompok orang-orang asal di Sabah dan Sarawak, dan meminda berbagai dasar dan peraturan berkenaan mereka supaya berlaku adil terhadap mereka,; termasuk menubuhkan Suruhanjaya untuk melindungi tanah Hak Adat Orang Asal (native customary rights, NCR) menyelesaikan masalah-masalah tuntutan tanah di samping menghormati nilai-nilai dan tradisi masyarakat orang asal;

Memantapkan hubungan baik antara Negeri dan Pusat dalam rangka sistem Persekutuan yang adil dan bertanggungjawab lagi demokratik dalam perkara-perkara seperti peruntukan kewangan, penggunaan sumber alam dan pentadbiran tanah. Dalam hubungan ini, Perjanjian Petroleum antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri harus dikaji semula untuk menjamin keadilan untuk semua pihak;

Memantapkan integrasi nasional dengan memulihkan hak serta keistimewaan yang pernah dijanjikan kepada rakyat Sabah dan
Sarawak di samping mengelakkan penyalahgunaan keistimewaan ini oleh segelintir pemimpin politik BN serta kroni mereka;
Menubuhkan sebuah Majlis Hubungan Kaum yang bebas yang melapor terus kepada Parlimen demi membantu pembentukan Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

4.1. Agama dan Budaya
Oleh kerana masyarakat adil yang menjadi hasrat kita dibina antara lain atas asas agama dan budaya, kita harus menentukan bahawa perspektif dan pendekatan kepada persoalan-persoalan agama dan budaya akan membantu kita mencapai matlamat yang murni itu.

Membentuk Suruhanjaya Kehakiman Syari'ah di peringkat Persekutuan;

Mengurangkan pengaruh politik kepartian dalam Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, masjid-masjid dan institusi-institusi agama Islam yang lain;

Memperuntukkan tanah perkuburan dan tapak rumah ibadah bagi masyarakat bukan Islam selaras dengan prinsip kebebasan
beragama;

Memperbanyakkan dailog antara agama dan budaya untuk memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia;
Menggalakkan pengkajian, penerangan, perbincangan dan penghayatan semua peradaban besar dunia yang memperkayakan
budaya rakyat Malaysia;

Mengembangkan budaya Malaysia yang berteraskan nilai-nilai akhlak dan prinsip-prinsip hidup yang mulia. Pembentukan
budaya Malaysia memerlukan sikap terbuka kepada kepelbagaian budaya kaum dan suku kaum negara. Pada masa yang sama,
rakyat harus memahami hakikat sejarah negara dan evolusi masyarakat Malaysia. Unsur-unsur budaya yang sihat dari luar harus diterima, tertakluk kepada tata susila masyarakat

[Sebelum][Laman Asal]